Kami membantu individu dan organisasi menjaga kesihatan mental, kesejahteraan emosi, dan perkembangan diri.
Tujuan utama dan matlamat kami ialah membantu anda menjadi lebih kuat dari segi mental, yakin dengan diri sendiri, pandai mengurus emosi, dan mampu membuat keputusan dengan lebih baik — supaya pasukan anda lebih bersemangat, harmoni, dan berjaya.
Membangunkan pasukan yang berdaya tahan, fokus, dan berprestasi tinggi.
Disusun secara strategik dengan pendekatan praktikal dan impak segera.
Fleksibel dan mudah diakses — pembelajaran tanpa batasan lokasi.

Ir. Kazren Jusri merupakan penceramah dan pakar dalam bidang kesihatan mental serta kesejahteraan emosi.
Ir. Kazren membantu organisasi dan individu memahami kepentingan keseimbangan minda, pengurusan tekanan, dan pembinaan daya tahan diri untuk kehidupan yang lebih positif dan produktif.

Menganjurkan seminar dan bengkel korporat yang berfokus pada peningkatan motivasi, komunikasi berkesan, kerja berpasukan, serta kesejahteraan mental di tempat kerja.
Setiap program direka khas untuk memperkukuh prestasi pasukan dan budaya kerja harmoni dalam organisasi.

Menawarkan kursus dalam talian yang interaktif bagi membantu individu, pasangan, dan keluarga meningkatkan kefahaman tentang emosi, hubungan, dan kesejahteraan mental.
Program ini sesuai untuk mereka yang ingin berkembang secara peribadi dan membina keseimbangan hidup yang lebih baik.
Emotional First Aid merupakan konsep atau pendekatan yang menumpukan kepada penyediaan sokongan psikologi dan emosi dengan kadar segera. Seminar ini dapat memberikan bantuan awal dalam menyediakan teknik-teknik penyembuhan daripada kecederaan emosi.
Self-Healing Therapy diperkenalkan untuk membangunkan Kekuatan Dalaman diri. Modul ini direka untuk membantu anda memahami dan menerapkan Self-Healing Concept dalam kehidupan harian anda.
Psikologi merupakan bidang saintifik yang meneliti pemikiran, emosi dan tingkah laku manusia bagi memahami faktor yang mempengaruhi kesejahteraan mental serta membangunkan strategi yang berkesan untuk mengurus cabaran psikologi.
Self-Care For Therapist merupakan modul khusus untuk membantu anda sebagai ahli terapi, memahami kepentingan penjagaan diri (self-care) berdasarkan kaedah CBT For Healing dalam menjalankan tugas harian.
Modul ini direka khas untuk membantu peserta meningkatkan kemahiran komunikasi melalui pendekatan teknik mengubah perspektif dan cara pandang untuk mencapai komunikasi yang lebih positif dan mempengaruh.
Rundingan adalah seni dan sains bertujuan untuk mencipta hasil yang positif bagi semua pihak. Kemahiran rundingan yang efektif adalah kunci untuk mencapai kejayaan dan kerjasama yang produktif serta membina reputasi professional.
Modul ini direka untuk membantu Pekerja memahami Konsep Keharmonian antara kerja dan kehidupan serta memberikan strategi praktikal untuk mencapai keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi.
Pengurusan Masa melibatkan perancangan dan kawalan terhadap masa yang diperuntukkan untuk aktiviti tertentu yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan. Tekanan adalah tindak balas fizikal dan emosi terhadap tuntutan atau cabaran.
Pengurusan emosi dalam khidmat pelanggan adalah tentang bagaimana cara untuk berinteraksi dan memberi sokongan kepada pelanggannya sebelum, semasa, dan selepas urusan. Pengurusan emosi yang baik sangat membantu dalam memberikan khidmat pelanggan yang cemerlang.
Kepimpinan adalah kemampuan untuk membimbing, mempengaruhi, dan memberi inspirasi kepada individu atau kumpulan untuk mencapai visi atau matlamat bersama.
Kesesuaian dan pengurusan konflik adalah kemahiran penting bagi pemimpin, membolehkan mereka mengharungi cabaran dengan berkesan dan mengekalkan iklim organisasi yang positif.
Visi dan pemikiran strategik adalah elemen asas dalam meningkatkan prestasi kerja dan mendorong kejayaan organisasi. Kemahiran ini membolehkan individu menetapkan matlamat yang jelas, meramalkan trend masa depan, dan mengharungi cabaran kompleks dengan berkesan. Visi dan pemikiran strategik adalah penggerak utama prestasi kerja.
Kecerdasan Emosi (EI) adalah faktor penting dalam mencapai kecemerlangan prestasi di persekitaran profesional. Ia melibatkan kemampuan untuk mengenal pasti, memahami, dan menguruskan emosi sendiri, serta emosi orang lain.
Menguasai EI boleh meningkatkan prestasi individu dan pasukan dengan ketara, seterusnya membawa kepada kejayaan organisasi secara keseluruhan.
Pengambilan keputusan yang berkesan adalah penting untuk mencapai prestasi kerja puncak. Ia melibatkan kemampuan untuk membuat pilihan yang berinformasi dengan baik yang meningkatkan produktiviti, mendorong kejayaan, dan menangani cabaran dengan efisien.
Kesesuaian adalah kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan cabaran baru dengan berkesan. Dalam konteks prestasi kerja, kesesuaian adalah kemahiran penting yang secara signifikan mempengaruhi kemampuan seseorang untuk berkembang dan berjaya dalam persekitaran kerja yang dinamik dan sentiasa berubah.
Cognitive Behavioral Therapy (CBT-H) Mindfulness Love Therapy (MLT)
Certified Professional Psychological Aid (CPPFA)
Cognitive Behavioral Therapy (CBT-H) Mindfulness Love Therapy (MLT)
Sokongan penuh daripada trainer berlesen HRDF dan diiktiraf Kementerian Sumber Manusia.
Sebutharga Khusus Berdasarkan Keperluan Syarikat Anda*
Jadilah yang pertama mengetahui program, promosi dan artikel bermanfaat dari KTAS.
Copyright © 2025 irkazren.com. | Managed by Oasis Greener Sdn. Bhd. (773149-X)
No products in the cart
Return to shop
Beliau pernah terperangkap dalam terowong kesakitan pemikiran.14 tahun hidup bersama "Anxiety" bukanlah sesuatu yang mudah.Pernah melalui liku-liku kehidupan yang sangat teruk apabila kehidupan seharian tidak dapat dijalani dan dinikmati sebaiknya. Hidup sentiasa di dalam ketakutan.Takut kepada perkara-perkara yang tidak pasti terutama sekali kepada "kematian".
Beliau seorang yang konsisten melakukan tugasan untuk mencapai kesembuhan yang diimpikan oleh setiap individu yang mengalami masalah pemikiran,inshaAllah dengan izinNYA. Beliau melalui setiap proses tanpa protes dan kini akhirnya beliau mampu dan berjaya keluar daripada kesakitan serta terowong gelap yang membelenggu diri beliau selama ini.Beliau berjaya membuktikan kepada dunia bahawa kesakitan pemikiran boleh dirawat dengan mempraktikkan segala teknik ataupun tugasan yang diberikan secara konsisten setiap hari.
Beliau mengikuti pensijilan Cognitive Behavioral Therapy (CBT-H) dan Mindfulness Love Therapy (MLT) dibawah bimbingan Profesor Dr. Mohamad Aziz Shah bin Mohamed Arip. Selain itu,beliau juga sangat komited untuk mengikuti webinar tentang ilmu psikologi yang dikongsikan oleh Prof MAS.Beliau juga ada mengikuti kelas sijil Psikologi Islam di Kolej Pengajian Tinggi Islam Al-Insaniah (KPTI) secara atas talian.Beliau juga pernah memasuki kelas hipnosis dan Neuro Linguistic Programming (NLP) jangka pendek.
Segala usaha serta penat lelah tanpa berputus asa akhirnya membawa perubahan yang sangat besar pada beliau.
Berpegang pada satu prinsip,sebarkan kebaikan dan teruslah menjadi jambatan kasih dan sayangNya.Jika beliau boleh sembuh dan boleh menikmati kehidupan sebaiknya.Anda semua juga pasti boleh.Nak tahu kuncinya,beliau sedia membantu anda.
"Jangan takut berjalan lambat. Tapi takutlah jika hanya berdiam diri". Jom tempah sesi anda sekarang.
Hi, saya Hafiz Badaruddin.
Mula didiagnosis mempunyai schizophrenia pada tahun 1997 dan kemudian menghidap schizoaffective dan sekarang bipolar mood disorder type 1.
Juga mempunyai masalah diabetes, Hypertension dan high cholesterol.
Pernah dan masih menerima rawatan psikiatri serta pernah dimasukkan ke wad psikiatri lebih dari 10 kali dan menerima rawatan ECT lebih dari 60 cycles.
Merupakan seorang Accredited Peer Support Worker dari IMROC UK, seorang WHO Certified Mental Health Advocate dan Certified PFA dari PBSM dan NIOSH Malaysia.
Sedia berkongsi pengalaman dalam isu-isu kehidupan dan kesihatan mental. Penyembuhan itu suatu perjalanan.
Beliau pernah melalui fasa kehidupan yang mencabar dan yang pernah mengalami masalah meroyan yang dikatakan oleh bidan. Mengalami gastrik semenjak berumur 23 tahun lagi.
Beliau juga selalu berhalusinasi , sentiasa dalam ketakutan dan tidak dapat berfikir atau membuat sesuatu keputusan dengan baik.