"You Are Not Alone, We Are With You"

Alone we can do so little, together we can do so much.

IRKAZREN

PsychoTherapy & Psychologist

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang sesi yang ditawarkan oleh para mentor kami atau ingin berbincang mengenai bimbingan yang sesuai dengan keperluan anda, jangan ragu untuk menghubungi kami. Kami sedia membantu anda memulakan perjalanan menuju kejayaan!

Kenapa Memilih Mentor Kami?

Kami di Irkazren.com percaya bahawa setiap individu mempunyai potensi yang luar biasa. Namun, untuk mencapainya, sokongan daripada mentor yang berpengalaman dan berpengetahuan di dalam bidangnya amat diperlukan.

Dengan pendekatan yang disesuaikan dengan keperluan peribadi anda, para mentor kami akan membantu anda mengenal pasti kekuatan diri, mengatasi halangan, dan merealisasikan impian.

Bagaimana Kami Boleh Membantu Anda?

Setiap mentor di Irkazren.com memahami bahawa setiap individu mempunyai cabaran dan matlamat yang berbeza. Kami akan membantu anda untuk mencapai kejayaan peribadi dan profesional melalui sesi mentoring yang memberi impak positif kepada kehidupan anda.

Sama ada anda mencari sokongan dalam karier, hubungan, atau pembangunan diri, kami ada mentor yang tepat untuk anda.

ChatGPT Image 7 Jun 2025, 02_12_10 PTG

Apa Kata Peserta Kami

Dengar sendiri impak positif dan perubahan dinamik yang dialami selepas menyertai program IRKAZREN.

Latihan ‘Workplace Wellness’ oleh Ir. Kazren telah menurunkan kadar ketidakhadiran staf kami sebanyak 28% dalam tiga bulan. Peserta lebih bertenaga dan motivasi melonjak!

Puan Farah Ahmad Ketua Sumber Manusia, Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Sesi kaunseling kumpulan untuk pasukan jualan Maybank benar‑benar membantu mereka mengatasi tekanan KPI. Bulan berikutnya, jualan meningkat 15%

En. Amirul Hakim Pengurus Latihan & Pembangunan, Maybank Berhad

Program ‘Growth Mindset’ di Petronas telah mengubah cara kami berfikir. Budaya inovasi mula berkembang, dan idea baharu terus muncul di kalangan penyelia.

Puan Nurhaliza Pengurus Operasi, PETRONAS Dagangan Berhad

Bengkel motivasi pelajar SPM di SMK Bukit Jalil sangat berkesan. Pelajar lebih yakin, salah seorangnya naik dari Gred C kepada A dalam subjek Matematik.

Cikgu Rohani Ismail SMK Bukit Jalil

Kami menjemput Ir. Kazren untuk sesi kaunseling PTSD bagi anggota operasi di Kementerian Pertahanan. Proses pemulihan emosi mereka berjalan lancar dan lebih ramai yang kembali produktif

Mejar (B) Ahmad Fauzi Kementerian Pertahanan Malaysia

Ujian DMIT menerangkan potensi sebenar kakitangan kami. Kini kami susun pelan pembangunan kerjaya yang tepat dan mengekalkan bakat terbaik.

En. Mohd Zaidi Ketua HR, Telekom Malaysia

Tempah Latihan Korporat Sekarang !

Sokongan penuh daripada trainer berlesen HRDF dan diiktiraf Kementerian Sumber Manusia.

Sebutharga Khusus Berdasarkan Keperluan Syarikat Anda*

Stay Update

Jadilah yang pertama mengetahui program, promosi dan artikel bermanfaat dari KTAS.

Copyright © 2025 irkazren.com. | Managed by Oasis Greener Sdn. Bhd. (773149-X)

Shopping cart

No products in the cart

Return to shop
Chat WhatsApp
WhatsApp

Puan Alia Azal

Cognitive Behavioral Therapy (CBT-H)
Mindfulness Love Therapy (MLT)
PENGALAMAN
Puan Alia Azal adalah seorang wanita cekal yang pernah melalui fasa kehidupan yang sangat mencabar. Pernah berkhidmat di jabatan kerajaan dan akhirnya memilih untuk berhenti demi memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak yang masih kecil ketika itu. Beliau seorang yang berdedikasi dan mempunyai kecenderungan dan minat yang kuat untuk membantu masyarakat di luar sana tentang pentingnya menjaga kesejahteraan dan kesihatan mental.

Beliau pernah terperangkap dalam terowong kesakitan pemikiran.14 tahun hidup bersama "Anxiety" bukanlah sesuatu yang mudah.Pernah melalui liku-liku kehidupan yang sangat teruk apabila kehidupan seharian tidak dapat dijalani dan dinikmati sebaiknya. Hidup sentiasa di dalam ketakutan.Takut kepada perkara-perkara yang tidak pasti terutama sekali kepada "kematian".

Beliau seorang yang konsisten melakukan tugasan untuk mencapai kesembuhan yang diimpikan oleh setiap individu yang mengalami masalah pemikiran,inshaAllah dengan izinNYA. Beliau melalui setiap proses tanpa protes dan kini akhirnya beliau mampu dan berjaya keluar daripada kesakitan serta terowong gelap yang membelenggu diri beliau selama ini.Beliau berjaya membuktikan kepada dunia bahawa kesakitan pemikiran boleh dirawat dengan mempraktikkan segala teknik ataupun tugasan yang diberikan secara konsisten setiap hari.

Beliau mengikuti pensijilan Cognitive Behavioral Therapy (CBT-H) dan Mindfulness Love Therapy (MLT) dibawah bimbingan Profesor Dr. Mohamad Aziz Shah bin Mohamed Arip. Selain itu,beliau juga sangat komited untuk mengikuti webinar tentang ilmu psikologi yang dikongsikan oleh Prof MAS.Beliau juga ada mengikuti kelas sijil Psikologi Islam di Kolej Pengajian Tinggi Islam Al-Insaniah (KPTI) secara atas talian.Beliau juga pernah memasuki kelas hipnosis dan Neuro Linguistic Programming (NLP) jangka pendek.

Segala usaha serta penat lelah tanpa berputus asa akhirnya membawa perubahan yang sangat besar pada beliau.

Berpegang pada satu prinsip,sebarkan kebaikan dan teruslah menjadi jambatan kasih dan sayangNya.Jika beliau boleh sembuh dan boleh menikmati kehidupan sebaiknya.Anda semua juga pasti boleh.Nak tahu kuncinya,beliau sedia membantu anda.

"Jangan takut berjalan lambat. Tapi takutlah jika hanya berdiam diri". Jom tempah sesi anda sekarang.

Pn.Sabariah Mohd Norahim

Certified Professional Psychological Aid (CPPFA)

PENGALAMAN

Puan Sabariah Mohd Norahim atau lebih dikenali sebagai Kak Sab adalah seorang Certified Professional Psychological Aid (CPPFA) dan kini memegang jawatan Presiden Mind Healing Therapy Society Malaysia. Kak Sab juga adalah pengamal Cognitive Behaviour Therapy for Healing (CBT-H) dan Master Practitioner Mindfulness Love Therapy (MLT) di bawah bimbingan Prof. Mohd Aziz Shah (Prof MAS) dari UPSI. Kak Sab juga ialah seorang Certified Neo NLP Practitioner (NNLP – Indonesia) serta Certified NLP Practitioner.

Sebelum itu, Kak Sab juga pernah didiagnos sebagai pesakit Anxiety Disorder, Major Depressive Disorder (MDD), OCD type checking (was-was) dan PTSD pada tahun 2018 setelah lebih sedekad menghadapi simptom tanpa sebarang rawatan. Kak Sab hanya mendapatkan rawatan untuk gastrik dan GERD sahaja termasuk berpantang ketat untuk merawat perut. Sebelum itu Kak Sab tidak tahu bahawa semua simptom yang sedang dihadapi adalah menjurus kepada kesakitan mental sebenarnya.

Setelah didiagnos secara rasmi, Kak Sab telah menjalani rawatan beserta ubat-ubatan. Tahun 2020, sekali lagi Kak Sab relapsed semasa pandemik Covid-19 dan tekad menjalani sesi rawatan psikoterapi bersama Ir Kazren Jusri sebagai tambahan rawatan ubat sedia ada. Setelah menjalani beberapa sesi rawatan psikoterapi, Kak Sab telah berhenti mengambil ubat hospital atas arahan doktor yang merawat kerana sudah tiada simptom yang major cuma hadir temujanji sekiranya diperlukan.

Setelah 5 tahun berlalu, kini Kak Sab sudi menjadi ‘Power of Hope’ dan membantu sahabat-sahabat yang sedang bergelut dan ingin sembuh dengan ilmu yang telah Kak Sab pelajari dan alami. Kak Sab akan bimbing semua seperti mana beliau pernah lalui segala rawatan sehingga sembuh.

Kak Sab berdoa agar segala bimbingan dan panduan yang diberi boleh memberi sinar harapan kepada anda semua yang bahawasanya kesakitan mental boleh dirawat dan boleh sembuh seperti sediakala.

En.Hafiz Badaruddin

Certified Professional Psychological Aid (CPPFA)

PENGALAMAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hi, saya Hafiz Badaruddin.
Mula didiagnosis mempunyai schizophrenia pada tahun 1997 dan kemudian menghidap schizoaffective dan sekarang bipolar mood disorder type 1.

Juga mempunyai masalah diabetes, Hypertension dan high cholesterol.

Pernah dan masih menerima rawatan psikiatri serta pernah dimasukkan ke wad psikiatri lebih dari 10 kali dan menerima rawatan ECT lebih dari 60 cycles.

Merupakan seorang Accredited Peer Support Worker dari IMROC UK, seorang WHO Certified Mental Health Advocate dan Certified PFA dari PBSM dan NIOSH Malaysia.

Sedia berkongsi pengalaman dalam isu-isu kehidupan dan kesihatan mental. Penyembuhan itu suatu perjalanan.

Pn. Syaliza Abu Bakar

Depression & Anxiety

PENGALAMAN

Puan Syaliza Abu Bakar dari Kuala Terengganu, berumur 51 tahun dan seorang surirumah tangga, bersesi dgn Tuan Kazren pada 14/10/2022. Diagosid deprission dan anxiety disorder pada mach 2022.

Beliau pernah melalui fasa kehidupan yang mencabar dan yang pernah mengalami masalah meroyan yang dikatakan oleh bidan. Mengalami gastrik semenjak berumur 23 tahun lagi.

Beliau juga selalu berhalusinasi , sentiasa dalam ketakutan dan tidak dapat berfikir atau membuat sesuatu keputusan dengan baik.