Ingin Tahu Tahap Stres Dan Anxiety Anda? Lakukan Ujian DASS, Buat Online Lebih Cepat Tahu!

Pernahkah anda dengar mengenai ujian DASS? DASS atau Depression, Anxiety & Stress Scale merupakan satu ujian saringan untuk menentukan tahap depresi, kegelisahan dan stres yang anda sedang alami. Anda boleh melakukan ujian DASS online atau di klinik berhampiran.

Ramai orang yang mengakui bahawa stres mempunyai impak yang tersendiri terhadap hidup mereka. Namun, ia akan hilang dengan sendirinya apabila perkara yang menyebabkan tekanan turut sama hilang.

Walau bagaimanapun, stres yang berpanjangan atau kronik boleh menyebabkan kegelisahan dan depresi. Sebab itulah, kita harus belajar mengenai cara untuk mengatasi stres supaya ia tidak menimbulkan masalah pada masa hadapan.

Stres yang kronik boleh memberikan impak yang negatif terhadap kesihatan anda. Malah, simptom-simptom seperti pening kepala, tekanan darah tinggi, sakit dada, sukar tidur malam dan sebagainya akan mula muncul.

Ujian ini akan menilai kondisi mental dalam 3 perkara iaitu depresi, kegelisahan dan stres. Jika anda tidak pasti atau ingin mencuba, anda boleh lakukan ujian saringan ini untuk mengetahui tahap stres anda dalam kehidupan seharian.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

Apakah ujian DASS?

Ujian DASS atau DASS-21 merupakan satu ujian kendiri yang mengukur tahap depresi, kebimbangan (anxiety) dan stres. Pada akhir ujian ini, anda akan mengetahui skala (normal, sederhana, teruk dan sangat teruk) untuk ketiga-tiga kondisi ini.

Di Malaysia, ujian ini diterjemah dan dibangunkan oleh seorang ahli akademik tanah air iaitu Profesor Dr. Ramli Musa.

Kajian menunjukkan bahawa satu-satunya perbezaan antara kemurungan, kebimbangan dan stres yang dialami oleh individu yang sihat berbanding mereka dengan gangguan mental adalah pada tahap keseriusannya.

Jika anda mendapat markah yang tinggi dalam DASS, besar kemungkinan anda sedang mengalami gangguan perasaan yang serius.

Walau bagaimanapun, DASS adalah satu bentuk ujian saringan dan bukanlah satu diagnosis. Untuk mendapatkan keputusan sebenar, anda perlulah berjumpa pakar sama ada doktor atau ahli psikologi.

Malah, anda perlu menjawab semua soalan dengan berhati-hati dan sejujur mungkin.

Mengapa kita rasa tertekan?

Lakukan Ujian DASS, Buat Online Lebih Cepat Tahu!

Mengapa kita rasa tertekan?

Stres merupakan satu tindak balas normal yang berlaku kepada semua orang. Malah, badan manusia juga direka supaya ia dapat menangani dan merasai stres.

Apabila kita berhadapan dengan sebarang masalah, badan kita akan memberi tindak balas tertentu terhadap masalah tersebut. Apa yang kita rasai itulah stres!

Sebenarnya, bukan semua bentuk stres bersifat negatif. Ada juga stres yang positif. Sebagai contoh, jika anda mempunyai ujian pada keesokan hari atau perlu menghadiri temu duga, anda akan rasa stres supaya badan boleh bekerja dengan lebih keras dan berjaga pada waktu malam.

Namun, stres akan menjadi masalah besar jika ia berlaku dalam satu tempoh masa yang panjang. Ia akan membuatkan fizikal dan mental kita menjadi lemah.

Akibatnya, kita mungkin akan rasa terlalu penat, cepat marah, kecewa atau sedih sehingga kita rasa sangat gelisah. Malah, stres yang berpanjangan juga boleh bertukar menjadi depresi.

You might also like
Shopping cart

No products in the cart

Return to Treatment