Kadangkala, beberapa keadaan boleh membuatkan anda rasa bimbang dan tertekan. Ada yang sampai merencatkan aktiviti harian anda. Banyak keadaan yang menyebabkan rasa bimbang dan stres, antaranya memulakan kerja di tempat baru, menghadiri temuduga atau mungkin juga berjumpa dengan seseorang yang isitimewa.
Ia adalah perasaan normal yang berlaku tapi kadangkala ia boleh menjejaskan prestasi anda. Ikuti tip mudah mengatasi kebimbangan dan stres.
Senaman menyumbang kepada kesihatan jantung dan otak. Apabila anda bersenam, jantung akan mengepam darah dengan lebih kuat. Lebih banyak darah akan mengalir ke seluruh badan. Di otak, khususnya, oksigen yang banyak di bahagian ini memberikan anda minda yang lebih tenang.
Dua minuman ini boleh meningkatkan kebimbangan dan stres. Jika anda pengamal tegar kopi, jangan terus berhenti secara mendadak. Lakukannya secara beransur-ansur untuk mengelakkan kesan penarikan seperti pening kepala dan menggigil.
Diet sentiasa terkait dengan kesihatan serta produktiviti hari anda. Jangan lupa untuk dapatkan semua hidangan anda. Badan yang kurang nutrien akan kekurangan tenaga untuk melawan stres.
Tidur adalah satu mekanisme untuk reset semula badan anda. Bahan-bahan kimia di dalam badan akan kembali stabil selepas bangun dari tidur. Tanpa tidur yang cukup, bukan sahaja banyak masalah kesihatan yang boleh berlaku, ia juga akan menjejaskan penampilan anda seterusnya menambahkan lagi kebimbangan serta keresahan.
Anda tidak perlu melakukan sesuatu dengan sempurna. Anda lebih kenal diri anda. Apa yang lebih penting adalah anda lakukan dengan usaha yang paling baik.
No products in the cart
Return to shop